June 29 2017 17:01:43
INFO SEKOLAH
PUSAT SUMBER SEKOLAH
Navigation
Users Online
· Guests Online: 1

· Members Online: 0

· Total Members: 119
· Newest Member: Azreen
FROG VLE

JADUAL CHROME LAB

LAWATAN PENANDA ARAS OLEH PELAJAR PROGRAM PISMP AMBILAN 2011
Lawatan Penanda aras dari pelajar-pelajar PISMP Sejarah/PJ/Moral IPG Tuanku Bainun ambilan 2011 telah berlangsung pada 24 Mac 2015 (selasa). Antara objektif program ini adalah memberi pendedahan kepada para pelajar tentang pengurusan sebuah sekolah yang diberi penarafan Kluster.Di samping itu juga para pelajar akan diberi pendedahan secara 'on site' tentang fizikal sekolah dalam merealisasikan suasana kondusif bagi iklim pembelajaran.Dengan matlamat akhirnya agar segala pengalaman yang dikutip dapat diaplikasikan pada masa hadapan.Lawatan yang bermula jam 8 pagi ini berakhir pada jam 4 petang.Pihak sekolah ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak IPG Tuanku Bainun atas kesudian hadir ke SKKJ.
KLIK UNTUK ALBUM
LAWATAN PENANDA ARAS OLEH PELAJAR PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU
Lawatan Penanda aras dari pelajar-pelajar PPG Muzik dan TESL IPG Tuanku Bainun ambilan Feb 2012 pada 24 Mac 2015 (selasa). Antara objektif program ini aalah untuk memberi pendedahan dan kefahaman tentang pendedahan ciri-ciri kepimpinan sekolah cemerlang,sistem pengurusan serta infrastruktur dan budaya sekolah.Dengan matlamat akhirnya untuk mewujudkan sekolah yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik tetapi turut cemerlang dan seimbang dari aspek jasmani,emosi,rohani dan intelek.Lawatan yang bermula jam 8 pagi ini berakhir pada jam 5 petang.Pihak sekolah ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak IPG Tuanku Bainun atas kesudian hadir ke SKKJ.
KLIK UNTUK ALBUM
GIMNAS SKK RAIH TEMPAT KETIGA ACARA FLOOR
' Muhammad Alif Farhan Bin Zainal Abidin berjaya mengharumkan nama SKKJ di dalam Kejohanan Gimnastik Artistik Pelapis Peringkat Zon Tengah Siri 1/2015 yang berlangsung pada 20-22 Mac di Shah Alam. Seluruh Warga SKKJ merakamkan ucapan tahniah dan syabas.
PROGRAM MOHON RESTU DAN NUJUM KENDIRI UPSR 2015
' Program Mohon Restu dan Nujum Kendiri UPSR 2015 telah diadakan pada 3.3.2015 jam 3.00 petang di Dewan SKKJ. Program ini bertujuan untuk membantu pelajar menentukan matlamat mereka dalam peperiksaan. Oleh itu pelajar akan mempunyai motivasi dalaman bagi memastikan matlamat mereka tercapai.Motivasi belajar tidak akan terbentuk apabila pelajar tersebut tidak mempunyai keinginan, cita-cita, atau maklum manfaat belajar bagi dirinya. Justeru, jika pelajar ingin berjaya di dalam peperiksaan maka mereka perlu perlu ada semangat, cita-cita ataupun keinginan untuk berjaya.Program ini juga dapat memberi peluang kepada pihak sekolah untuk melaporkan pencapaian akademik dan perkembangan sahsiah pelajar kepada para waris. Selain itu program ini juga dapat membantu para waris mengetahui cara-carayang terbaik untuk mendidik dan membimbing anak-anak masing-masing agar cemerlang dalam akademik, kokurikulum dan sahsiah. Berdasarkan maklumat yang disampaikan oleh guru berkaitan pelajar, diharapkan para waris dapat memantau pergerakan dan aktiviti anak masing-masing
KLIK UNTUK ALBUM
AIDIL MIRZA DARWISY BIN MAZHIZAM
'
MTQ ZON TAIPING
' Tahniah diucapkan kepada pasukan MTQ SKKJ atas kejayaan cemerlang dalam pertandingan yang diadakan pada 26 Februari 2015 bertempat di Sekolah Kebangsaan Taiping,Taiping. Antara kejayaan yang diperolehi:- 1.Johan Tilawah lelaki 2.Johan Lelaki bercerita Kisah Al-quran 3.Johan Perempuan Tulisah Khat/Perempuan 4.Johan Nasyid 5.Naib Johan Perempuan bercerita Kisah Al-quran 6.Ke-3 Rawi lelaki Tahniah diucapkan sekali lagi kepada pasukan MTQ SKKJ.
KLIK UNTUK ALBUM
WAKIL NEGERI KE KEJOHANAN PERINGKAT KEBANGSAAN (SEPAK TAKRAW)
' Dua orang pelajar SKKJ terpilih untuk mewakili Negeri Perak ke Kejohanan Sepak Takraw Peringkat Kebangsaan bawah 12 tahun. Pelajar tersebut ialah Muhammad Fazaril Ikhmal Bin Zaharuddin dan Athir Dinie Bin Ibrahim.Tahniah diucapkan.
PERKHEMAHAN KEM PIMPINAN PENGAWAS SKKJ 2015
' Perkhemahan Kem Pimpinan Pengawas telah diadakan pada 27 hingga 28 Februari 2015 di PERASA AUTOCAMP, Changkat Jering.Perasmian penutup bagi perkhemahan yang dihadiri oleh pengawas-pengawas sekolah ini telah disempurnakan oleh Guru Besar SKKJ, Pn.Hasnah Bt Hj. Abdullah
KLIK UNTUK ALBUM
JOHAN BOLA TAMPAR ZON TAIPING (LELAKI & PEREMPUAN BWH 12 TH)
' Team Bola tampar Lelaki dan Perempuan SKKJ berjaya mengungguli Zon Taiping dengan kejayaan berganda meraih Johan bagi kedua-dua kategori.Tahniah diucapkan kepada pengurus pasukan Pn.Hasnah dan jurulatih pasukan iaitu En.Mahmud Riaz dan En. Jamaluddin.
NAIB JOHAN MSSD SEPAKTAKRAW
Team Takraw SKKJ telah berjaya meraih gelaran Naib Johan Sepaktakraw MSSD Larut Matang & Selama. Kejohanan telah berlangsung di SMK Dato Hj.Hussein selama 3 hari bermula 2 hingga 5 Februari 2015.Tahniah kepada seluruh team Takraw SKKJ.
PROGRAM BIG SIRI 5
Satu taklimat telah diadakan pada 4.2.2015 kepada pihak IPG Tuanku Bainun berkenaan progran BIG siri 5 yang bakal melibatkan seramai 30 orang murid tahun 3 yang akan berlangsung pada 5.3.2015.Prigram Taklimat ini telah dipengerusikan oleh Puan Guru Besar dengan kehadiran pelatih dan pensyarah yang terlibat.
GURU BESAR SKKJ

HASNAH BT HJ.ABDULLAH

MASA ITU EMAS
Login
Username

Password



Not a member yet?
Click here to register.

Forgotten your password?
Request a new one here.
Shoutbox
You must login to post a message.

24-01-2016 11:39
selamat bersara:miss everlyn...u are the best..teacher Cool

31-12-2015 05:35
terbaik..lah Smile Smile

28-12-2015 09:26
Selamat bermesyuarat pengurusan dan kurikulum utk sessi 2016 kepada semua guru skkskkj...

29-06-2015 13:07
sudahlah BAD.... Pfft

27-06-2015 12:58
Tahniah kepada rakan2 guru yg naik pangkat. Sedih dgn perpindahan mereka. Zairul oh zairul kau pergi jua.Banyak ilmu ict aku belajar darimu. TQ Bro Zairul.

PELAWAT
Flag Counter
57,865 unique visits