October 18 2017 06:02:47
INFO SEKOLAH
PUSAT SUMBER SEKOLAH
Navigation
Users Online
· Guests Online: 1

· Members Online: 0

· Total Members: 119
· Newest Member: Azreen
FROG VLE

JADUAL CHROME LAB

KAD HARI RAYA PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI PERAK
IFTOR JAMA'EI 2015
IFTOR JAMA'EI 2015

Iftor Jama'ei @ Majlis Berbuka Puasa beramai-ramai telah diadakan pada 3/7/2015 bersamaan 6 Ramadhan(Jumaat)
Pihak panitia Pendidikan Islam telah menjemput penceramah terkenal iaitu "PU Yeop" untuk menyampaikan sedikit tazkirah berkenaan Ramadhan dan Kemukjizatan Al-Quran.
Turut hadir ialah AJK PIBG dan ibubapa yang dianggarkan seramai 100 orang. Sambutan juga amat menggalakkan dimana seramai 150 orang murid telah hadir bersama. Sekalung penghargaan dan kesyukuran di atas kerjasama semua warga SKKJ untuk menjayakan majlis ini. Semoga Kita Beroleh Amal Soleh Disisi Allah Taala


KLIK UNTUK ALBUM

PERTUKARAN GURU; JUN 2015

Selamat tinggal kepada 3 orang guru SKKJ yang berjaya naik pangkat sebagai PK Kokurikulum.
Mereka adalah :
1.En. Zairulhisham Bin Adnan-berpindah ke SK Gopeng, Taman Gopeng Baru
2.Pn. Norhazita Bt Abdul Basheer-bertukar ke SK Sheikh Mohd Idris Al-Marbawi, Padang Rengas
3.Ustaz Wan Mohd Azhar-bertukar ke sekolah di daerah Kerian.
#Semoga mereka dapat meneruskan kecemerlangan mereka sebagai pentadbir dan membawa
nama baik SKKJ ke tempat lain
KEJOHANAN GIMNASTIK MSSM 2015
Kejohanan Gimnastik MSSM 2015 di Sekolah Sukan Gambang, Pahang pada 5-12 Jun 2012. 1)Muhammad Amir Haikal Bin Mohd Izani(6U)-Johan Berpasukan 2)Muhammad Amir Imran Bin Mohd Izani(6U)-Johan Berpasukan & Ke4 Senam Lantai
KLIK UNTUK ALBUM
EXPLORASI SAINTIS MUDA KEBANGSAAN
Program Explorasi Saitis Muda kebangsaan anjuran SK Klian Pauh (sekolah kluster kecemerlangan) telah diadakan di Pusat Interpretasi Hutan Paya Larut Matang Kuala Sepetang juga dikenali sebagai Pusat Eko-Pelajaran hutan Paya Laut Matang Kuala Sepetang, Perak Darul Ridzuan. Sekolah telah diwakili oleh Adam Bin Amar Faizal,Kareena kaur dan Wirdatul Farahani bersama guru pengiring,En.Mahmud Riaz bin Othman. Dalam program ini pasukan santis muda sekolah telah berjaya memperolehi tempat ke-4 dalam Kuiz Eksplorasi Saintis Muda.
KEJOHANAN GIMNASTIK ARTISTIK MSSPK 2015
ALIF FARHAN Johan keseluruhan MAG HP (kategori 10-12 tahun) pada Kejohanan Gimnastik Artistik MSSPK 2015 yang berlangsung di Dewan MSSPK, Jalan Tupai Taiping.
TAKLIMAT PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PBPPP)
TAKLIMAT PBPPP
TARIKH : 19.5.2015
MASA : 1.30 PETANG
TEMPAT : BILIK GERAKAN
DISAMPAIKAN OLEH : EN.MUKHTER RIZAM BIN AHMAD(PK1)
KEHADIRAN : SEMUA GURU

BAHAN TAKLIMAT
KLIK UNTUK ALBUM
viewpage.php?page_id=26
SAMBUTAN HARI GURU 2015
Sambutan Hari Guru peringkat sekolah pada kali ini agak berbeza dari tahun-tahun sebelumnya. Pada tahun ini sambutan diadakan bersama-sama dengan kehadiran ibu bapa di sepanjang perjalanan majlis. Sambutan yang amat menggalakkan dari ibu bapa sememangnya sesuatu yang di luar jangkaan.Kehadiran Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Perak,Tn.Hj. Mat Lazim selaku mantan Pegawai Pendidikan Daerah LMS turut menyerikan lagi majlis. Majlis yang bermula pada jam 8 pagi itu dimulakan dengan pembacaan perutusan dari Menteri Pendidikan yang dibacakan sendiri oleh Puan guru Besar dan di teruskan dengan persembahan dari murid-murid dan acara sukaneka guru-guru dan ibu bapa. Pihak sekolah ingin merakamkan penghargaan buat PIBG dan semua ibu bapa yang hadir dalam menjayakan majlis sambutan ini. Guru : Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak
KLIK UNTUK ALBUM
SAMBUTAN ISRA' & MI'RAJ 2015 / 1436H
Sambutan Isra' & Mi'raj 2015 / 1436H telah berlangsung pada 15 mei 2015 bersamaan dengan 27 Rejab 1436H bertempat di Dataran Perhimpunan SKKJ. Majlis telah dirasmikan oleh Pn.Hasnah Bt Hj. Abdullah, Guru Besar SKKJ. Majlis yang dimulai pada jam 7.30 pagi itu telah dipengerusi oleh Ustaz Wan Mohd Azhar, manakala pencermah ialah Ustaz Suhaidi.
KLIK UNTUK ALBUM
KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SKKJ KALI KE-16
KLIK UNTUK ALBUM
MAHRAJAN KESENIAN ISLAM PERINGKAT NEGERI PERAK 2015
Pasukan nasyid SKKJ yang dikenali sebagai 'Insoft' telah berjaya menggondol tempat ke-3 daripada 10 daerah yang bertanding. Mahrajan Kesenian Islam Peringkat negeri Perak ini telah diadakan pada 8-9 Mei 2015 di SMK Agama Sultan Azlan Shah, Bota,Perak. Pasukan ini di bawah pimpinan Ustaz Hafiz Bin Ali.Tahniah diucapkan.
GURU BESAR SKKJ

HASNAH BT HJ.ABDULLAH

MASA ITU EMAS
Login
Username

Password



Not a member yet?
Click here to register.

Forgotten your password?
Request a new one here.
Shoutbox
You must login to post a message.

24-01-2016 11:39
selamat bersara:miss everlyn...u are the best..teacher Cool

31-12-2015 05:35
terbaik..lah Smile Smile

28-12-2015 09:26
Selamat bermesyuarat pengurusan dan kurikulum utk sessi 2016 kepada semua guru skkskkj...

29-06-2015 13:07
sudahlah BAD.... Pfft

27-06-2015 12:58
Tahniah kepada rakan2 guru yg naik pangkat. Sedih dgn perpindahan mereka. Zairul oh zairul kau pergi jua.Banyak ilmu ict aku belajar darimu. TQ Bro Zairul.

PELAWAT
Flag Counter
62,500 unique visits