August 19 2017 01:59:02
INFO SEKOLAH
PUSAT SUMBER SEKOLAH
Navigation
Users Online
· Guests Online: 1

· Members Online: 0

· Total Members: 119
· Newest Member: Azreen
FROG VLE

JADUAL CHROME LAB

Welcome
SELAMAT DATANG KE PORTAL SKKJ SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN


GURU BERTUGAS MINGGUAN
Kumpulan 1

13 JUN - 16 JUN 2017

1.EN MOHD SUHAIDI BIN IBRAHIM (K)
2.EN AHMAD FIKRI BIN MEHAMOD
3.EN MAHMUD RIAZ BIN OTHMAN
4.PN HASNAH BT ZAINOL
5.PN JUHASLINA BT BUKHARI
6.PN NORSHITA BT MANSOR
7.PN MARIATI BT MAT
8.PN KARTINI BT DARUS
9.PN ROHAYA BT DURIN


‘Tajuk:BULAN PANITIA PENDIDIKAN ISLAM’
SAMBUTAN HARI GURU 2017
SAMBUTAN HARI GURU 2017

Sambutan Hari Guru pada tahun 2017 ini telah diadakan pada 16 Mei 2017 bertempat di sekitar sekolah SK Kg Jambu. Pelbagai acara telah diadakan untuk memeriahkan sambutan majlis tersebut. Acara dimulakan seawal pagi dengan perhimpunan rasmi yang disertai dengan ucapan perutusan, penyampaian hadiah oleh murid dan nyanyian oleh para guru. Kemudian acara sukan rakyat diadakan bagi memeriahkan lagi sambutan majlis. Acara terakhir telah diadakan di dewan Kombo Warisan dengan persembahan yang menarik oleh beberapa orang murid dan juga guru.
....Syabas Warga SK Kampung Jambu & Selamat Hari Guru !



KLIK UNTUK ALBUM

SUKAN TAHUNAN SK KG JAMBU KALI KE18 2017

Kejohanan Sukan Tahunan Kali Ke 18 telah berlangsung dengan jayanya pada bulan Mei lepas. Pemenang pada tahun ini ialah rumah Hang Tuah(Merah). Berikut adalah warna-warni sekitar hari kejohanan tersebut.

klik untuk album
SAMBUTAN KEMERDEKAAN SKKJ 2016
SAMBUTAN KEMERDEKAAN SKKJ 2016

Sambutan Kemerdekaan 2016 peringkat sekolah telah diadakan pada 15 Ogos 2016 iaitu semasa perhimpunan rasmi hari Isnin dari jam 7.40-8.10 pagi. Ia telah dirasmikan oleh guru besar SKKJ, Pn. Hasnah Bt Abdullah. Majlis ini telah melibatkan semua murid SKKJ dari prasekolah hingga tahun 6 dan juga semua guru serta staf SKKJ. Beberapa nyanyian patriotik telah dilaungkan oleh murid-murid dan para guru. Majlis sambutan ini telah dirancang oleh panitia Sejarah dengan kerjasama semua panitia di SKKJ. Beberapa aktiviti telah dirancang sepanjang bulan kemerdekaan ini seperti pertandingan perbarisan, perarakan merdeka di perumahan sekitar sekolah, pertandingan mewarna, sajak, nyanyian lagu patriotik dan banyak lagi.Diharapkan kerjasama sebegini dapat diteruskan di masa akan datang....Syabas Warga SK Kampung Jambu


KLIK UNTUK ALBUM

MAJLIS IFTHOR JAMAEI 2016
News

Iftor Jama'ei @ Majlis Berbuka Puasa beramai-ramai telah diadakan pada 24/6/2016 bersamaan 19 Ramadhan(Jumaat)
Pihak Panitia Pendidikan Islam telah menjemput Dr. Marliana dari Unit Kesihatan Taiping untuk menyampai ceramah bertajuk "Amalan Kesihatan di Bulan Ramadhan".
Turut hadir ialah AJK PIBG dan ibubapa yang dianggarkan seramai 100 orang. Sambutan juga amat menggalakkan dimana seramai 150 orang murid telah hadir bersama. Sekalung penghargaan dan kesyukuran di atas kerjasama semua warga SKKJ untuk menjayakan majlis ini. Semoga Kita Beroleh Amal Soleh Disisi Allah Taala


KLIK UNTUK ALBUM

MAJLIS PERSARAAN MISS EVELYN FERNANDO
News

PADA 15.1.2016(JUMAAT), SATU MAJLIS UNTUK MERAIKAN HARI TERAKHIR SEORANG GURU BAHASA INGGERIS YANG AMAT BERDEDIKASI IAITU MISS EVELYN FERNANDO. TARIKH LAHIR BELIAU ADALAH PADA 18 JANUARI 1960. OLEH ITU, TARIKH AKHIR PERKHIDMATANNYA ADALAH PADA 17 JANUARI 2016 SEMASA BELIAU BERUMUR 56 TAHUN.

BELIAU MERUPAKAN ANTARA GURU TERAWAL YANG BERKHIDMAT DI SKK KG JAMBU SEMASA SEKOLAH INI DIBUKA IAITU PADA 1.1.2000 DAN BELIAU JUGA ADALAH GURU TERAKHIR YANG BERKHIDMAT PADA TARIKH TERSEBUT DIMANA YANG LAINNYA SUDAH BERTUKAR ATAUPUN PENCEN.

KHIDMAT BAKTINYA DALAM MENDIDIK ANAK BANGSA UNTUK MAHIR DALAM BAHASA INGGERIS AKAN DIKENANG OLEH SEMUA MURID YANG PERNAH DIAJARNYA. SEMEMANGNYA BELIAU ADALAH GURU YANG TIDAK LOKEK MENCURAHKAN ILMU TIDAK KIRA KEPADA MURID ATAU RAKAN GURU SENDIRI. OELH SEBAB ITU, BELIAU TELAH DUA KALI DIANUGERAHKAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG PADA TAHUN 1998 DAN 2012


# HAPPY RETIREMENT MISS EVELYN; WE WILL MISS YOU
KLIK UNTUK ALBUM
'KANGAROO MATHS'
News

PADA 13.1.2016(RABU) JAM 10.30- 12.30 TENGAHARI, TELAH DIADAKAN SATU AKTIVITI KURIKULUM YANG DIPANGGIL KANGAROO MATHS BERTEMPAT DI DEWAN SK KG JAMBU, TAIPING, PERAK. AKTIVITI INI TELAH DISERTAI OLEH MURID-MURID TAHUN 4 DAN 5. IA TELAH DIANJURKAN OLEH PANITIA MATEMATIK SKKJ DI BAWAH PIMPINAN CIKGU ZAMRI BIN HANAFIAH. FOKUS AKTIVITI INI ADALAH UNTUK MENDEDAHKAN KEPADA MURID TENTANG KAEDAH PENGIRAAN DAN PENYELESAIAN YANG MUDAH; SIMBOLIK SEAKAN KANGARU YANG SUKA MELOMPAT KAEDAHNYA JUGA MELIBATKAN LOMPATAN DALAM PENGIRAAN


# TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA GURU2 YANG TERLIBAT
KLIK UNTUK ALBUM
HARI ANUGERAH & GRADUASI 2015
HARI ANUGERAH & GRADUASI 2015

PADA 13.11.2015(JUMAAT) TELAH DIADAKAN MAJLIS APRESIASI DAN GRADUASI BERTEMPAT DI HOTEL TAIPING PERDANA, TAIPING, PERAK. MAJLIS INI TELAH DIRASMIKAN OLEH TIMBALAN PENGARAH PENDIDIKAN PERAK; TN. HAJI MAT LAZIM BIN IDRIS. ACARA INI TELAH DIADAKAN DENGAN JAYANYA SEHINGGA JAM 5.30 PETANG

AKTIVITI INI TELAH DIHADIRI OLEH IBUBAPA DAN AJK PIBG. BEBERAPA PERSEMBAHAN SEPERTI TARIAN PERAK, PERSEMBAHAN REKORDER & KEYBOARD SERTA NYANYIAN OLEH BINTANG KECIL SKKJ (ADIK MOHD ALIF FARHAN) TELAH MENYERIKAN LAGI MAJLIS INI.


# TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA GURU2 & STAF SKKJ YG TELAH
BERTUNGKUS LUMUS
KLIK UNTUK ALBUM
PERTANDINGAN REKORDER & TARIAN ETNIK/RAKYAT PERINGKAT KEBANGSAAN 2015
PERTANDINGAN REKORDER & TARIAN ETNIK/RAKYAT PERINGKAT KEBANGSAAN 2015

PADA 10.10.2015(SABTU) JUGA, BEBERAPA ORANG GURU TELAH MEMBAWA 2 PASUKAN MURID SKKJ UNTUK MENYERTAI PERTANDINGANREKORDER & TARIAN ETNIK DI SK PUTERI, SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN.BUAT JULUNG-JULUNG KALINYA SK KG JAMBU TELAH BERJAYA MERAIH ANUGERAH EMAS; TAHNIAH!


# TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA GURU2 & STAF SKKJ YG TELAH
BERTUNGKUS LUMUS MELATIH MURID2

KLIK UNTUK ALBUM
HARI SUKAN NEGARA
News

PADA 10.10.2015(SABTU) TELAH DIADAKAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SEKOLAH BERTEMPAT DI SK KG JAMBU, TAIPING, PERAK. AKTIVITI INI TELAH DIJALANKAN SERENTAK DI SELURUH NEGARA PADA HARI DAN MASA YANG SAMA. BEBERAPA AKTIVITI TELAH DIJALANKAN ANTARANYA SENAMROBIK, LARIAN RIA DI SEKITAR KAWASAN KAMPUNG JAMBU, FUTSAL, BOLA JARING DAN BOLA SEPAK 9 SEBELAH

KEPUTUSAN PERTANDINGAN

AKTIVITI INI JUGA TELAH MENARIK MINAT PARA IBUBAPA UNTUK TURUT SAMA MENYERTAI TERUTAMANYA DALAM SENAMROBIK DAN LARIAN RIA. JUTAAN TERIMA KASIH JUGA DIUCAPKAN KEPADA PIHAK NESTLE MALAYSIA KERANA TELAH MENAJA MINUMAN MILO SEBAGAI MINUMAN SARAPAN PADA HARI TERSEBUT.


# TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA GURU2 & STAF SKKJ YG TELAH
BERTUNGKUS LUMUS
KLIK UNTUK ALBUM
KARNIVAL CAKLEMPONG & KEYBOARD PERINGKAT KEBANGSAAN ANJURAN SKK KG JAMBU
News

PADA 3.10.2015(SABTU) TELAH DIADAKAN KARNIVAL CAKLEMPONG & KEYBOARD PERINGKAT KEBANGSAAN BERTEMPAT DI HOTEL TAIPING PERDANA, TAIPING, PERAK. KARNIVAL INI TELAH DISERTAI OLEH BEBEPAPA BUAH SEKOLAH KLUSTER & SBT DI SEMENANJUNG MALAYSIA. PERASMIAN PENUTUP MAJLIS INI TELAH DISEMPURNAKAN OLEH DATO' SERI DR. KHAIR BIN MOHAMAD YUSOF, IAITU KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA.

KEPUTUSAN PERTANDINGAN

ANUGERAH EMAS PERTANDINGAN CAKLEMPONG:

-SEK. BERASRAMA PENUH INTEGRASI, GOPENG

-KOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR

ANUGERAH EMAS PERTANDINGAN KEYBOARD:

-SK SRI PERMAI, PULAU PINANG

-SK TAMAN TUN DR ISMAIL JAYA, SELANGOR


# TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA PARA PEMENANG, GURU2 & STAF SKKJ YG TELAH
BERTUNGKUS LUMUS MENJAYAKAN PROGRAM INI

KLIK UNTUK ALBUM

KLIK UNTUK ALBUM
GURU BESAR SKKJ

HASNAH BT HJ.ABDULLAH

MASA ITU EMAS
Login
Username

Password



Not a member yet?
Click here to register.

Forgotten your password?
Request a new one here.
Shoutbox
You must login to post a message.

24-01-2016 11:39
selamat bersara:miss everlyn...u are the best..teacher Cool

31-12-2015 05:35
terbaik..lah Smile Smile

28-12-2015 09:26
Selamat bermesyuarat pengurusan dan kurikulum utk sessi 2016 kepada semua guru skkskkj...

29-06-2015 13:07
sudahlah BAD.... Pfft

27-06-2015 12:58
Tahniah kepada rakan2 guru yg naik pangkat. Sedih dgn perpindahan mereka. Zairul oh zairul kau pergi jua.Banyak ilmu ict aku belajar darimu. TQ Bro Zairul.

PELAWAT
Flag Counter
59,436 unique visits